Sharifah Haslita bt. Syed Uda Hamid

Sunday, December 11, 2011

Strategi Permainan Bola Jaring

Undang-undang Permainan Bola Jaring

Jenis-jenis Kesalahan Dalam Bola Jaring

Martabatkan Bahasa Melayu

Berikut adalah maklum balas, saranan dan cadangan yang diketengahkan oleh ahli mesyuarat berkenaan usaha memartabatkan bahasa Melayu (MBM)


1. Memperkukuhkan dasar kerajaan mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

2. Meningkatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dengan mengkaji semula sistem
penggredan di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan
keperluan dalam bidang pekerjaan. Jika sebelum ini, syarat kelayakan yang
diperlukan hanya lulus, ia sudah sewajarnya dinaikkan taraf sekurang-
kurangnya kepada pencapaian kepujian.

3. Menubuhkan jawatankuasa khas kabinet yang akan memperjuangkan hal-hal berkaitan bahasa Melayu.

4. Mengemukakan satu memorandum berkaitan memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ke kabinet.

5. Menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti masyarakat, tanpa mengira kaum dan bangsa dengan menghapuskan tanggapan bahawa bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu.

6. Menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan universiti.

7. Mewujudkan semula ujian lisan di peringkat sekolah dan mewajibkannya sebagai salah satu syarat kelayakan menyambung pengajian di peringkat universiti.

8. Pemilihan dan pelantikan guru bahasa Melayu di sekolah mestilah dalam kalangan guru yang mempunyai kepakaran dalam pengajian Melayu.

9. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu mestilah bermula dengan membudayakan bahasa Melayu melalui penerokaan aspek apresiasi, penjiwaan dan penghayatan amalan seperti berpantun, gurindam, seloka dan nazam. Mata pelajaran bahasa Melayu dan sastera Melayu juga perlu merentasi disiplin dan lengkap dengan aspek amali.

10. Mewajibkan pengajian bahasa Melayu untuk pelajar asing.

11. Mengadakan latihan pengukuhan di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) khusus bagi bakal guru yang mengajar bahasa Melayu dan Sastera Melayu.

12. Menjadikan Sastera Melayu sebagai subjek teras di peringkat sekolah menengah.

13. Memberikan keistimewaan kepada guru yang mengajar bahasa Melayu dan Sastera Melayu sama seperti guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

14. Mewujudkan ujian bahasa Melayu di peringkat IPT sebagaimana ujian bahasa Inggeris (MUET).

15. Mengawal peranan media yang menyekat siaran rancangan bahasa Melayu berbanding bahasa Cina dan Tamil yang lebih tinggi nilai komersialnya.

16. Menghasilkan bahan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu seperti bahan bercetak, drama, filem dan lirik lagu yang menggunakan bahasa Melayu standard.
Bahan berkenaan perlu dipasarkan secara meluas supaya lebih mudah didapati.

17. Menambah kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat sekolah bagi mendukung usaha memperkasakan bahasa Melayu.

Standard Prestasi Pendidikan Kesihatan Tahun 2

MATLAMAT KURIKULUM

Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti.

OBJEKTIF KURIKULUM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan membolehkan murid:

1 Mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran.

2 Mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit.

3 Menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan:

1 Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat

2 Menjauhkahkan diri daripada situasi dan sentuhan tidak selamat

3 Memilih jenis makanan berkhasiat

4 Mengamalkan gaya hidup sihat tanpa rokok, dadah dan alkohol

5 Memahami dan mengurus perasaan mengikut situasi

6 Mengenali perbezaan fizikal dan perawakan antara lelaki dan perempuan

7 Menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan

8 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit

9 Mengenal pasti dan mengamalkan aspek-aspek pencegahan kemalangan dan kecederaan

10 Mengetahui cara meminta bantuan apabila berlaku situasi kecemasan


************************************************************************************

PERNYATAAN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN KSSR

Band

Pernyataan Standard

6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat

5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat

4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran

3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri

2 Tahu dan Faham
Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran


1 Tahu
Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran


*********************************************************************************


1 Tahu
Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

B1D1
Jenis bahan ketagihan

B1D2
Perasaan yang dialami

B1D1E1
Mengenal jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alkohol

B1D2E1
Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak selamat


***************************************************************************


2 Tahu dan Faham
Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran

B2D1
Aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat

B2D2
Pemakanan yang sihat dan selamat

B2D3
Penyakit tidak berjangkit

B2D1E1
Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat

B2D2E1
Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan

B2D3E1
Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan


********************************************************************************


3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial serta kesihatan dan keselamatan diri

B3D1
Aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat

B3D2
Menangani pengaruh dalaman dan luaran berkaitan kesihatan diri dan reproduktif

B3D3
Aspek pemakanan yang sihat dan selamat

B3D4
Menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga, dan masyarakat

B3D5
Pengurusan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental

B3D6
Perbezaan perawakan jantina dan menghormati antara satu sama lain

B3D7
Penyakit konjunktivitis

B3D8
Aspek keselamatan diri

B3D9
Tindakan semasa kecemasan

B3D1E1
Mengamalkan aktiviti fizikal untuk
mencapai pertumbuhan dan
perkembangan fizikal yang sihat

B3D1E2
Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat

B3D1E3
Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal

B3D2E1
Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat

B3D2E2
Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat

B3D3E1
Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan obesiti

B3D3E2
Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat

B3D3E3
Menyatakan pengaruh rakan dan media dalam pengambilan makanan dan minuman

B3D4E1
Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak menyalahguna bahan

B3D5E1
Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti pertambahan dan kehilangan ahli dalam
keluarga

B3D6E1
Menyatakan perbezaan fizikal dan perawakan perempuan dan lelaki

B3D6E2
Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina

B3D7E1
Mengenal pasti tanda-tanda dan cara mengelak daripada jangkitan konjunktivitis

B3D8E1
Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam serta
menyenaraikan cara penyimpanan yang selamat

B3D8E2
Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam

B3D8E3
Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti kecacatan kekal tubuh badan

B3D9E1
Mengetahui situasi kecemasan dan meminta bantuan apabila berlaku kecemasan


***********************************************************************************


4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Boleh memperkembangan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat serta memainkan peranan mengawal aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran

B4D1
Aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat

B4D2
Pemakanan yang sihat dan selamat

B4D3
Pengurusan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental

B4D4
Kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan

B4D5
Keselamatan diri dan kemahiran kecekapan psikososial

B4D1E1
Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat

B4D2E1
Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan

B4D2E2
Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahli keluarga

B4D3E1
Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai

B4D4E1
Mematuhi ajaran agama

B4D4E2
Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan menyakiti orang lain

B4D5E1
Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa


**********************************************************************************


5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Mempunyai kemahiran berkomunikasi, empati dengan orang lain dan berupaya mengendalikan emosi dalam mengurus hidup secara positif dan sihat

B5D1
Aspek pemakanan yang sihat dan selamat

B5D2
Kesan penyalahgunaan bahan

B5D3
Pengurusan emosi untuk meningkatkan kesihatan mental

B5D4
Penyakit konjunktivitis dan penyakit tidak berjangkit

B5D1E1
Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat

B5D2E1
Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah dan alkohol terhadap kesihatan diri serta orang lain

B5D3E1
Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah, cemburu dan tidak selamat

B5D4E1
Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami konjunktivitis

B5D4E2
Mengenal pasti tanda-tanda dan menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit (ketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan).


***********************************************************************************


6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan seharian, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat

B6D1
Menangani penyalahgunaan bahan

B6D2
Peranan diri sendiri dalam aspek kesihatan keluarga

B6D3
Aplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan

B6D1E1
Melapor kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan

B6D2E1
Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan

B6D3E1
Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada Tuhan, diri, ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, guru dan rakan

B6D3E2
Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih sesama manusia

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (RPH 1)

MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN : 4 MAJU
TARIKH : 18.05.2011
MASA : 7.30-8.30
BILANGAN MURID : 24 ORANG
TAJUK : TP2 – KEMAHIRAN : PERMAINAN BOLA JARING
SUBTAJUK : KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR DAN
MENERIMA BOLA ARAS DADA DAN ARAS BAHU .
OBJEKTIF HASIL : PADA AKHIR PENGAJARAN , MURID DAPAT :
PEMBELAJARAN : KOGNITIF – Menyatakan dua otot utama yang digunakan ketika melakukan aktiviti menghantar dan menerima bola aras dada dan aras bahu .
PSIKOMOTOR – Melakukan hantaran aras dada dan hantaran aras bahu dengan sekurang kurangnya 5 kali percubaan.
AFEKTIF - Menyebutkan dua aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti .
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan aktiviti menghantar dan menerima bola dalam sesi P & P yang lalu .
NILAI-NILAI :Mematuhi arahan guru dan bekerjasama antara rakan .
Bahan bantu mengajar : Bola jaring ,skital , gelung plastik, marker , bib, tali ,kad arahan .
KAEDAH DAN STRATEGI P & P : Pembelajaran kontekstual , Demostrasi , aktiviti kumpulan

Set Induksi ( 5 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru memberikan penerangan mengenai tajuk pengajaran melalui tayangan video.
2. Guru mengagihkan pelajar kepada 2 kumpulan dan mereka dikehendaki berlari ulang-alik untuk pemanasan badan .
3. Pelajar memeriksa kadar nadi berdasarkan pengajaran guru yang lalu.

Aktiviti Murid
1. Murid dibawa ke makmal komputer bagi menonton video disediakan oleh guru .
2. Murid diagihkan kepada 2 kumpulan dan dikehendaki berlari ulang-alik secara berselang-seli antara dua kumpulan tersebut sebanyak 5 kali ulangan setiap orang .
3. Pelajar mengira denyutan kadar nadi setelah selesai berlari sebanyak 5 kali ulangan

Langkah 1 ( 15 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru memberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti . Murid dikehendaki membuat hantaran bola ke dinding/tembok dengan kiraan 20 kali hantaran bagi setiap jenis hantaran .
2. Murid diarahkan berpasangan dan dikehendaki menjalankan aktiviti hantaran aras dada dan aras bahu .
3. Penerangan dan demonstrasi oleh guru mengenai cara hantaran yang betul.

Aktiviti Murid.
1. Setiap pelajar melakukan hantaran bola aras dada dan aras bahu ke dinding dengan kiraan 20 kali secara bergilir-gilir .
2. Murid berpasangan dan menjalankan aktiviti hantaran dengan kiraan 20 kali bagi setiap jenis hantaran .

Langkah 2 ( 20 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru membahagikan murid kepada 5-6 orang dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti bentuk bintang .
2. Guru menerangkan cara aktiviti dengan membuat demonstrasi latihan : Cara – A hantar kepada B, B kepada C, C kepada D , dan D kepada E yang terus hantar kepada A untuk membantu perjalan berbentuk bintang .
Variasi –
a. Tukar arah hantaran
b. Tukar cara hantaran
c. Hantaran secara perlahan
d. Hantaran secara pantas
e. Kombinasi cara hantaran
3. Guru memberi penerangan cara latihan kedua dengan variasi yang sama .

Aktiviti Murid
1. Murid bergerak melakukan aktiviti asas kemahiran hantaran mengikut demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru.
2. Murid bergerak dalam dalam kumpulan berlima-lima dan dan bertiga .

Langkah 3 ( 20 Minit )

Aktiviti guru
1. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan kecil (7 orang).
2. Guru mengedarkan kad arahan kepada setiap kumpulan .
3. Guru membantu murid menjalankan aktiviti mengikut kad arahan masing-masing.

Aktiviti Murid
a. Murid membaca kad arahan permainan .
b. Murid menjalankan aktiviti permainan mengikut kad arahan.
c. Gol akan dikira sekiranya bola dibaling dan mengenai skitel lawan.
d. Hantaran hanya dengan cara hantaran aras bahu dan aras dada

Penutup ( 5 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Guru memberi penerangan mengenai jawapan lembaran kerja .

Aktiviti Murid
1. Murid menjawab soalan lembaran kerja diberi.
2. Pembentangan jawapan lembaran kerja .

Munsyi Menulis

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu turut membawa bersama isu dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa.

Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan Bahasa Inggeris telah menyebabkan pem-belajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan pengetahuan ten¬tang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru juga perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris agar tidak menimbulkan konflik lain.

Selari dengan keyakinan terha¬dap bahasa Inggeris yang tinggi, hal ini telah membawa kepada per-ubahan sikap yang ketara dalam kalangan pelajar terhadap Bahasa Melayu. Guru menggalas beban dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih lancar dan tersusun agar dimina¬ti oleh para pelajar. Dengan itu, bahasa yang disampaikan perlu disesuaikan dengan aliran dan keperluan semasa.

Pendekatan pengajaran dan pem¬belajaran bahasa Melayu khusus¬nya pengajaran kemahiran menulis memerlukan contoh-contoh sesuai yang terbaik dan menggunakan Bahasa Melayu yang standard. Keadaan ini memerlukan guru menyediakan satu pendekatan yang menyeluruh merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam kon¬teks ini guru perlu mendalami ilmu bahasa dan ilmu pendidikan agar selari dengan perkembangan sema¬sa. Dengan pengetahuan bahasa dan ilmu pendidikan yang mendalam, para guru Bahasa Melayu akan dapat mendepani segala cabaran dalam pengajaran dan pembela¬jaran Bahasa Melayu di bilik darjah serta menjadi pakar rujuk kepada rakan sekerja atau golongan yang memerlukan bantuan.

Selain itu, isu pengajaran Bahasa Melayu juga sering dikaitkan dengan kekurangan guru opsyen Bahasa Melayu. Akibatnya, guru besar atau pengetua terpaksa meminta guru bukan opsyen untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim (1980) ber¬pendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dengan baik, tetapi penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jika ini berlaku, maka akan mewujudkan masalah dalam melahirkan pelajar yang benar-benar berketerampilan dari aspek penguasaan bahasanya. Lantaran itu, lahirlah masyarakat yang makin jahil tentang bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan sendiri.

Krisis identiti “Bahasa Melayu” yang mengalami “penjenamaan semula” kepada “Bahasa Malaysia” secara tidak langsung telah mengikis kewibawaan bahasa itu sendiri. Perubahan demi perubah-an dari segi nama dengan mula menggunakan “Bahasa Melayu” kemudian menggunakan “Bahasa Malaysia”; kembali menggunakan “Bahasa Melayu” dan kini berbalik semula kepada nama “Bahasa Malaysia”, sedikit sebanyak mence¬markan imej bahasa kebangsaan ini dan mungkin mengelirukan pelajar dan masyarakat umum. Pihak berkenaan harus mengkaji semula “penjenamaan” ini bagi mengelakkan daripada mengelirukan pelajar. Persoalan yang bermain dalam minda pelajar ialah yang mana satu betul sama ada “bahasa Melayu” atau “bahasa Malaysia”

Seorang pelajar pernah bertanya, adakah “kebudayaan Melayu” itu sama dengan “kebudayaan Malaysia”? Kemudian pelajar itu sendiri yang memberikan jawap-annya. Menurutnya, kebudayaan Malaysia merangkumi budaya semua kaum yang terdapat di nega¬ra ini. Justeru, ini bermakna baha¬sa Malaysia ialah bahasa-bahasa yang digunakan oleh semua kaum di Malaysia yang merangkumi bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu, orang Tionghoa, iaitu bahasa Mandarin dan orang India, iaitu bahasa Tamil.

Justeru, dalam mendepani isu dan cabaran ini, pihak berwajib dan guru Bahasa Melayu harus bekerja keras dan membuat anjak-an dinamik untuk mengatasi cabaran yang getir ini bagi meles-tarikan dan memartabatkan baha¬sa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.