Sharifah Haslita bt. Syed Uda Hamid

Sunday, December 11, 2011

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI (RPH 1)

MATAPELAJARAN : PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN : 4 MAJU
TARIKH : 18.05.2011
MASA : 7.30-8.30
BILANGAN MURID : 24 ORANG
TAJUK : TP2 – KEMAHIRAN : PERMAINAN BOLA JARING
SUBTAJUK : KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR DAN
MENERIMA BOLA ARAS DADA DAN ARAS BAHU .
OBJEKTIF HASIL : PADA AKHIR PENGAJARAN , MURID DAPAT :
PEMBELAJARAN : KOGNITIF – Menyatakan dua otot utama yang digunakan ketika melakukan aktiviti menghantar dan menerima bola aras dada dan aras bahu .
PSIKOMOTOR – Melakukan hantaran aras dada dan hantaran aras bahu dengan sekurang kurangnya 5 kali percubaan.
AFEKTIF - Menyebutkan dua aspek keselamatan ketika menjalankan aktiviti .
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melakukan aktiviti menghantar dan menerima bola dalam sesi P & P yang lalu .
NILAI-NILAI :Mematuhi arahan guru dan bekerjasama antara rakan .
Bahan bantu mengajar : Bola jaring ,skital , gelung plastik, marker , bib, tali ,kad arahan .
KAEDAH DAN STRATEGI P & P : Pembelajaran kontekstual , Demostrasi , aktiviti kumpulan

Set Induksi ( 5 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru memberikan penerangan mengenai tajuk pengajaran melalui tayangan video.
2. Guru mengagihkan pelajar kepada 2 kumpulan dan mereka dikehendaki berlari ulang-alik untuk pemanasan badan .
3. Pelajar memeriksa kadar nadi berdasarkan pengajaran guru yang lalu.

Aktiviti Murid
1. Murid dibawa ke makmal komputer bagi menonton video disediakan oleh guru .
2. Murid diagihkan kepada 2 kumpulan dan dikehendaki berlari ulang-alik secara berselang-seli antara dua kumpulan tersebut sebanyak 5 kali ulangan setiap orang .
3. Pelajar mengira denyutan kadar nadi setelah selesai berlari sebanyak 5 kali ulangan

Langkah 1 ( 15 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru memberikan taklimat ringkas mengenai aktiviti . Murid dikehendaki membuat hantaran bola ke dinding/tembok dengan kiraan 20 kali hantaran bagi setiap jenis hantaran .
2. Murid diarahkan berpasangan dan dikehendaki menjalankan aktiviti hantaran aras dada dan aras bahu .
3. Penerangan dan demonstrasi oleh guru mengenai cara hantaran yang betul.

Aktiviti Murid.
1. Setiap pelajar melakukan hantaran bola aras dada dan aras bahu ke dinding dengan kiraan 20 kali secara bergilir-gilir .
2. Murid berpasangan dan menjalankan aktiviti hantaran dengan kiraan 20 kali bagi setiap jenis hantaran .

Langkah 2 ( 20 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru membahagikan murid kepada 5-6 orang dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti bentuk bintang .
2. Guru menerangkan cara aktiviti dengan membuat demonstrasi latihan : Cara – A hantar kepada B, B kepada C, C kepada D , dan D kepada E yang terus hantar kepada A untuk membantu perjalan berbentuk bintang .
Variasi –
a. Tukar arah hantaran
b. Tukar cara hantaran
c. Hantaran secara perlahan
d. Hantaran secara pantas
e. Kombinasi cara hantaran
3. Guru memberi penerangan cara latihan kedua dengan variasi yang sama .

Aktiviti Murid
1. Murid bergerak melakukan aktiviti asas kemahiran hantaran mengikut demonstrasi yang telah ditunjukkan oleh guru.
2. Murid bergerak dalam dalam kumpulan berlima-lima dan dan bertiga .

Langkah 3 ( 20 Minit )

Aktiviti guru
1. Pelajar dibahagikan dalam kumpulan kecil (7 orang).
2. Guru mengedarkan kad arahan kepada setiap kumpulan .
3. Guru membantu murid menjalankan aktiviti mengikut kad arahan masing-masing.

Aktiviti Murid
a. Murid membaca kad arahan permainan .
b. Murid menjalankan aktiviti permainan mengikut kad arahan.
c. Gol akan dikira sekiranya bola dibaling dan mengenai skitel lawan.
d. Hantaran hanya dengan cara hantaran aras bahu dan aras dada

Penutup ( 5 Minit )

Aktiviti Guru
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Guru memberi penerangan mengenai jawapan lembaran kerja .

Aktiviti Murid
1. Murid menjawab soalan lembaran kerja diberi.
2. Pembentangan jawapan lembaran kerja .

No comments:

Post a Comment