Sharifah Haslita bt. Syed Uda Hamid

Sunday, December 11, 2011

Martabatkan Bahasa Melayu

Berikut adalah maklum balas, saranan dan cadangan yang diketengahkan oleh ahli mesyuarat berkenaan usaha memartabatkan bahasa Melayu (MBM)


1. Memperkukuhkan dasar kerajaan mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.

2. Meningkatkan nilai ekonomi bahasa Melayu dengan mengkaji semula sistem
penggredan di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan
keperluan dalam bidang pekerjaan. Jika sebelum ini, syarat kelayakan yang
diperlukan hanya lulus, ia sudah sewajarnya dinaikkan taraf sekurang-
kurangnya kepada pencapaian kepujian.

3. Menubuhkan jawatankuasa khas kabinet yang akan memperjuangkan hal-hal berkaitan bahasa Melayu.

4. Mengemukakan satu memorandum berkaitan memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu ke kabinet.

5. Menjadikan bahasa Melayu sebagai identiti masyarakat, tanpa mengira kaum dan bangsa dengan menghapuskan tanggapan bahawa bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu.

6. Menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di peringkat sekolah dan universiti.

7. Mewujudkan semula ujian lisan di peringkat sekolah dan mewajibkannya sebagai salah satu syarat kelayakan menyambung pengajian di peringkat universiti.

8. Pemilihan dan pelantikan guru bahasa Melayu di sekolah mestilah dalam kalangan guru yang mempunyai kepakaran dalam pengajian Melayu.

9. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu mestilah bermula dengan membudayakan bahasa Melayu melalui penerokaan aspek apresiasi, penjiwaan dan penghayatan amalan seperti berpantun, gurindam, seloka dan nazam. Mata pelajaran bahasa Melayu dan sastera Melayu juga perlu merentasi disiplin dan lengkap dengan aspek amali.

10. Mewajibkan pengajian bahasa Melayu untuk pelajar asing.

11. Mengadakan latihan pengukuhan di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG) khusus bagi bakal guru yang mengajar bahasa Melayu dan Sastera Melayu.

12. Menjadikan Sastera Melayu sebagai subjek teras di peringkat sekolah menengah.

13. Memberikan keistimewaan kepada guru yang mengajar bahasa Melayu dan Sastera Melayu sama seperti guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

14. Mewujudkan ujian bahasa Melayu di peringkat IPT sebagaimana ujian bahasa Inggeris (MUET).

15. Mengawal peranan media yang menyekat siaran rancangan bahasa Melayu berbanding bahasa Cina dan Tamil yang lebih tinggi nilai komersialnya.

16. Menghasilkan bahan sokongan kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu seperti bahan bercetak, drama, filem dan lirik lagu yang menggunakan bahasa Melayu standard.
Bahan berkenaan perlu dipasarkan secara meluas supaya lebih mudah didapati.

17. Menambah kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di peringkat sekolah bagi mendukung usaha memperkasakan bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment